Friday, 16 September 2016

CIRI-CIRI NOTA TERBAIK

Pertama sekali nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran. Ciri-ciri nota yang baik mestilah mempunyai isi-isi yang penting seperti definisi, huraian penting dan lain-lain. Selain itu, gunakan pen pelbagai warna supaya dapat menarik perhatian mata dan minda menyebabkan kita dapat fokus ketika membaca nota. Demikian nota kita akan nampak terang kemas dan mudah dibaca.

Selamat membuat nota semua :)

Jenis-Jenis Nota

JENIS-JENIS NOTA

1)Carta Pai


Grafik

Peta Minda

TEKNIK MEMBUAT NOTA

TEKNIK MEMBUAT NOTA

Pelajar perlu sediakan peralatan yang lengkap untuk membuat nota contohnya pen warna, pensel, buku, kertas dan lain-lain. Kemudian tulis tajuk nota yang hendak dibuat dan cari kata kunci. Pelajar mestilah menggunakan teknik tanda tanya ketika mencari kata kunci iatu apa, kenapa, bila, dimana dan bagaimana.

Pelajar tidak perlu menulis keseluruhan isi. Hanya isi-isi penting sahaja yang perlu dicatat oleh pelajar seperti definisi, keterangan dan penjelasan. Pelajar amat digalakkan menggunakan singkata dalam menulis nota sendiri sebagai contoh perkataan "dengan" digantikan "dgn".

Lebih bagus jika pelajar melukis gambar rajah atau carta yang sesuai mengikut kreativiti seseorang pelajar itu. Lukisan atau carta ini dapat membantu pelajar untuk menghafal nota yang ditulis. Semasa menulis nota ringkas , pelajar amat digalakkan membuat nota  berbentuk seperti jadual, carta aliran dan gambar rajah venn.

SEBAB MEMBUAT NOTA

SEBAB MEMBUAT NOTA

Pelajar-pelajar mesti tertanya-tanya kenapa perlu membuat nota ?

Disini cikgu akan menerangkan kenapa pelajar perlu membuat nota. Pertama sekali pelajar  dapat mengimbau kembali apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang dibaca oleh pelajar. Semasa membuat nota, pelajar akan berfikir secara kritis, analitik dan kreatif untuk memilih fakta berkaitan sahaja. Dengan ini secara tidak lansung dapat melatih pelajar untuk berfikir pada tahap yang lebih tinggi.

Selain itu, nota merupakan catatan kekal yang boleh dirujuk kembali apabila terlupa pada bila-bila masa. Di samping itu, nota yang dibuat oleh pelajar merupakan kaedah yang berkesan untuk pengukuhan dalam sesuatu subjek dan boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.

TIPS MENGAMBIL NOTA

TIPS MENGAMBIL NOTA

Disini cikgu ingin memberi tips-tips penting dalam mengambil nota dimana cikgu sendiri menggunakan cara ini. Pertama sekali sediakan beberapa batang pen yang mempunyai beberapa jenis warna yang menarik dan terang kerana warna-warna ini dapat merangsang minda kita disamping nampak menarik di mata.

Seterusnya, para pelajar perlu menggunakan kata kunci sahaja daripada nota yang dibaca atau penerangan guru untuk menjimatkan masa kita dalam mengambil nota. Kemudian, kita perlu menggunakan kreativiti yang ada pada diri dengan menggubah kata kunci tersebut menggunakan ayat sendiri.

Akhir sekali, perkara yang tidak pernah cikgu lupa dalam mengambil nota ialah gariskan huraian penting. Dari situ kita dapat bezakan kata kunci dengan huraian-huraian penting. Cikgu juga tinggalkan ruang-ruang kosong diantara nota agar mudah untuk kita menambah penerangan yang tertinggal.

Wednesday, 14 September 2016

CARA MENGAMBIL NOTA YANG BERKESAN

CARA  MENGAMBIL NOTA YANG BERKESAN

Ketika seseorang pelajar sedang mengambil nota, perkara yang paling penting sekali ialah tajuk utama. Pelajar mestilah mengetahui dan menulis tajuk utama nota sebelum menulis isi-isi selanjutnya. Kemudian, mengenalpasti maklumat yang sesuai ditulis didalam nota agar nota kita sempurna dan tidak lari dari tajuk utama,

Selain itu, cara yang digunakan oleh seseorang pelajar mestilah sesuai dengan menggunakan outline note atau column note mengikut kreativiti seseorang pelajar. Di samping menggunakan outline note atau column note, pelajar amat digalakkan menulis nota berbentuk grafik. Dengan ini, pelajar tidak perlu menulis patah perkataan yang panjang kerana mereka hanya perlu menulis mengikut imaginasi dan kreativiti. Cara ini dapat mempercepat para pelajar untuk menghafal.

SEBAB PERLU MENGAMBIL NOTA

SEBAB PERLU MENGAMBIL NOTA

Sebagai seorang pelajar, nota merupakan sesuatu yang penting dalam proses pembelajaran terutama pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM. Nota yang dibuat oleh pelajar ketika guru sedang mengajar atau ketika mengulang-kaji boleh dirujuk pada bila-bila masa apabila terlupa kerana merupakan rekod yang kekal.

Selain itu, seseorang pelajar tidak mampu untuk menghafal semua yang telah dipelajari dalam masa yang singkat. Ketika seseorang pelajar sedang membuat nota sel-sel otak pelajar akan berhubung menyebabkan daya pemikira mereka meningkat dengan cepat di samping dapat membantu pelajar membuat rujukan disaat akhir sebelum menghadapi peperiksaan.

Oleh itu, inilah sebabnya mengapa seseorang pelajar perlu membuat nota. Nota hendaklah bersumberkan buku rujukan, pengajaran guru dan bahan-bahan lain yang sahih agar nota tersebut tepat.

DEFINISI NOTA

DEFINISI NOTA

 Pertama sekali nota, nota merupakan sesuatu yang dicatat oleh seorang pelajar semasa proses pengajaran atau diluar proses pengajaran. Nota menjadi bahan rujukan pelajar apabila pelajar terlupa dikala sedang membuat latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru. Nota merupakan sebuah seni mengikut kreativiti seseorang pelajar untuk mempermudahkan nota tersebut menjadi bahan rujukan dan dihafal.