SEBAB MEMBUAT NOTA
Pelajar-pelajar mesti tertanya-tanya kenapa perlu membuat nota ?
Disini cikgu akan menerangkan kenapa pelajar perlu membuat nota. Pertama sekali pelajar dapat mengimbau kembali apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang dibaca oleh pelajar. Semasa membuat nota, pelajar akan berfikir secara kritis, analitik dan kreatif untuk memilih fakta berkaitan sahaja. Dengan ini secara tidak lansung dapat melatih pelajar untuk berfikir pada tahap yang lebih tinggi.
Selain itu, nota merupakan catatan kekal yang boleh dirujuk kembali apabila terlupa pada bila-bila masa. Di samping itu, nota yang dibuat oleh pelajar merupakan kaedah yang berkesan untuk pengukuhan dalam sesuatu subjek dan boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.
No comments:
Post a Comment